Angka kematian meningkat 15 orang

Petugas dan penduduk kampung bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi.
Petugas dan penduduk kampung bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi.
A
A
A

BANDUNG - INDONESIA. Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh yang menimbus 30 buah rumah di Kampung Cimapag, Desa Sirnaresmi, Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi meningkat kepada 15 orang.

Difahamkan, 20 orang masih dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam terpaksa dihentikan awal akibat hujan lebat.

Ia dihentikan pada jam 1 petang (waktu tempatan) kerana berisiko mengancam keselamatan petugas dan bakal disambung awal hari ini.

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNBP) berkata, jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam kejadian itu ialah 101 orang.

"Daripada jumlah itu, 63 orang terselamat, tiga mengalami luka-luka dan 20 orang masih hilang.

"Jumlah kematian dijangka bertambah kerana peluang menemui mangsa hidup adalah tipis," kata ketuanya, Sutopo Purwo Nugroho semalam.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku kelmarin pada jam 6.30 petang (waktu tempatan).

Artikel Berkaitan:

Maklumat mengenai kejadian itu disebarkan oleh sukarelawan di media sosial. - Tribunnews

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!