Permohonan Salleh bukti PKR masih punya daya 'penarik'
KUALA LUMPUR - Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara dalam talian membuktikan parti masih mempunyai daya penarik.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, di sebalik pelbagai sebab diberikan Salleh, PKR akan mempertimbangkan permohonan itu di dalam mesyuarat biro politik parti, dalam masa sama turut mempertimbangkan sensitiviti ahli masing-masing.
"Kita sambut baik permohonan beliau (Salleh), namun ada juga merasakan antara mereka (pemimpin lompat parti) yang (mungkin) melihat agenda (tertentu).
"Apapun, kita akan menerima permohonan beliau (Salleh) dan akan bincang dalam Biro Politik (PKR)," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan parti itu belum meluluskan permohonan Salleh untuk menyertai PKR yang dibuat secara dalam talian.
Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan parti itu menerima permohonan keanggotaan PKR Cabang Kota Belud daripada bekas menteri itu Sabtu lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!