44 pencari suaka Afghanistan di Jerman dihantar pulang

Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP
A
A
A

KABUL - Sekumpulan 44 orang pencari suaka yang gagal mendapatkan perlindungan tiba di Kabul hari ini selepas dihantar pulang dari Jerman, menurut pegawai lapangan terbang.

Ketibaan tersebut menjadikan ia kumpulan ke-28 yang dihantar balik sejak Disember 2016 melibatkan 720 orang.

Pengusiran seperti itu menjadi salah satu isu kontroversi di Berlin apabila pengkritik menyifatkan adalah terlalu bahaya untuk menghantar semula pelarian ke negara asal mereka yang dilanda perang.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), orang awam sentiasa menjadi sasaran serangan kumpulan militan Taliban dan Daesh dengan seramai 1,366 orang terbunuh dalam konflik di Afghanistan antara Januari dan Jun tahun ini.

Isnin lalu, 10 orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam satu letupan berhampiran bas yang membawa rekrut tentera di wilayah Nangarhar. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!