Vietnam waspada terkaman Harimau Malaya

Park Hang-seo
Park Hang-seo
A
A
A

PENGENDALI Vietnam, Park Hang-seo sekali lagi melahirkan kerisauannya menjelang pertemuan menentang Harimau Malaya di Stadium My Dinh, Hanoi malam esok.

Sama ada ia satu bentuk serangan psikologi atau sebaliknya, Hang-seo secara terbuka mengakui skuad kendalian Tan Cheng Hoe kali ini dilihat lebih ampuh berbanding ketika kempen Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Bagi Hang-seo, skuad Naga Emas bakal berdepan tugas lebih berat apabila menanti kunjungan Harimau Malaya yang disifatkannya memiliki jentera serangan lebih efektif.

“Apa yang saya lihat, prestasi Malaysia telah banyak meningkat selepas Piala AFF Suzuki 2018. Mereka mempunyai lebih ramai pemain serangan selain lebih dominan di bahagian tengah. Kami perlu berhati-hati dengan ketangkasan mereka di bahagian tengah.

"Kami juga perlu berwaspada dengan ancaman mereka di bahagian sayap. Mereka mempunyai pemain-pemain yang laju di posisi itu. Apa yang penting, kami perlu berhati-hati dengan pasukan Malaysia kali ini,” katanya pada sidang media di Hanoi

Pada masa sama, Hang-seo percaya Harimau Malaya bakal tampil dengan semangat yang tinggi selepas dikecewakan anak-anak buahnya pada kempen Piala AFF Suzuki tahun lalu.

"Saya yakin Malaysia benar-benar mahu menewaskan kami kali ini. Mereka juga dalam situasi yang baik selepas meraih kemenangan besar (6-0) ketika menentang Sri Lanka (pada aksi persahabatan) sebelum datang ke sini (Hanoi).

"Itu sudah membuktikan kami perlu berwaspada dengan pasukan Malaysia. Apa-apapun saya tetap mengharapkan Vietnam mampu meraih tiga mata penuh esok (malam ini).

Artikel Berkaitan:

"Beraksi di gelanggang sendiri harus digunakan sebaik mungkin oleh para pemain saya untuk meraih kemenangan. Saya harap kami dapat mengekalkan rekod baik ketika menentang Malaysia tahun lalu," jelas pengendali kelahiran Korea selatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:'Vietnam tak kebal'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!