Penerbangan ihsan selamatkan bayi sesak nafas

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang bayi lelaki berusia satu tahun dua bulan dari Kampung Piyel, Pos Bihai dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) menggunakan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini ekoran sesak nafas.

Pegawai Perhubungan Awam, Pangkalan Udara JBPM Subang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Farhan Marzuki berkata, bayi orang asli itu, Aga Nazri Seri Wangi diberi keutamaan untuk penerbangan ihsan selepas dimaklumkan Jabatan Kemajuan Orang Asli, Gombak pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, penerbangan ihsan menggunakan kru pesawat A109E berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 12.26 tengah hari dan mendarat di Kampung Piyel, Pos Bihai jam 1.30 tengah hari untuk mengambil bayi berkenaan yang sakit sejak dua hari lepas.

Katanya, pesawat itu mendarat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang jam 1.55 tengah hari sebelum bayi terbabit dikejarkan ke HGM.

"Kita dimaklumkan bayi itu tidak boleh dihantar ke HGM melalui jalan darat kerana rosak teruk dan penghantaran memerlukan penerbangan ihsan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!