Sampaikan isu rokok dalam khutbah
Mohamad Taufek (empat, kiri) membuang bekas abu rokok ke dalam tong sampah sebagai gimik pelancaran.
A
A
A
Exco Belia dan Sukan Belia, Mohamad Taufek berkata, langkah itu sebagai mendidik orang ramai supaya memahami keputusan kerajaan berkenaan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
"Penguatkuasaan ini baru bermula, jadi saya rasa perlunya banyak medium digunakan untuk sampaikan mesej kepada masyarakat selain gunakan media.
"Walaupun kita ada sistem penyampaian maklumat yang baik, kadang-kadang ada yang tak ambil serius," katanya selepas melancarkan kempen 'Lepak Sedap Tanpa Asap, Smoke Free, Pelanggan Happy' di Restoran Syafiq Lee, di Taipan Senawang, di sini, semalam.
Beliau yang juga Adun Paroi berkata, tinjauan pihaknya di beberapa premis makanan di Dun itu mendapati bukan sahaja pelanggan malah pengusaha juga beri kerjasama mematuhi peraturan larangan merokok.
Katanya, keadaan itu menunjukkan semua pihak menerima dan menghormati peraturan baharu berkenaan.
"Mungkin akan ada satu atau dua pelanggan yang degil. Jika berhadapan situasi itu, tegur secara berhemah.
"Laksana larangan ini bukan mudah dan ambil masa. Tapi kerajaan serius dan sebab itu hukuman denda yang tinggi dikenakan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!