Dua terbunuh insiden tembakan rambang di Jerman
HALLE - Sekurang-kurangnya dua terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang di luar sebuah rumah ibadat di Jerman pagi tadi (waktu tempatan).
Polis berkata, seorang wanita adalah antara yang maut manakala beberapa yang lain cedera.
Selain itu, bom tangan turut dilempar ke tanah perkuburan berdekatan.
Lelaki bersenjata itu dipercayai melarikan diri ke arah Leipzig.
Polis berkata, pihaknya telah melancarkan operasi mencari penyerang dan mengarahkan penduduk untuk tinggal di rumah mereka atau mencari perlindungan.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!