Syed Saddiq mohon maaf kepada Harimau Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ditemubual oleh wartawan Sinar Harian di Menara KBS,Putrajaya. - Foto: ZAHID IZZANI
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ditemubual oleh wartawan Sinar Harian di Menara KBS,Putrajaya. - Foto: ZAHID IZZANI
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kepada pasukan Harimau Malaya kerana tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan menentang Vietnam di Hanoi, esok.

Ini kerana beliau sedang melakukan persediaan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

"Minta maaf sebab tidak dapat hadir, tapi saya yakin kalian akan menjadi kebanggaan rakyat," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, beliau berharap pasukan tersebut beraksi sebaik mungkin.

"Selamat maju jaya. Inilah masa untuk bertindak," katanya.

Malaysia akan berentap dengan Vietnam di Hanoi jam 8 malam esok pada aksi ketiga kumpulan G bagi saingan Pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!