Mesyuarat Biro Politik PKR tentukan permohonan Salleh Keruak

Salleh
Salleh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Oktober ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian dan akan dibahas oleh biro tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai status permohonan bekas bendahari UMNO itu.

“Itu memang kaedah dalam permohonan menjadi anggota parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PKR belum lulus permohonan Salleh Keruak: Anwar

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!