PH kena kerja keras di Tanjung Piai!

Syed Saddiq - Foto Sinar Harian ZAHID IZANI
Syed Saddiq - Foto Sinar Harian ZAHID IZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun untuk mengekalkan kerusi itu pada PRK bulan depan bukan sesuatu yang mudah.

Mengakui hakikat itu, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perikatan itu perlu perlu bekerja keras di Tanjung Piai.

"Kita perlu bekerja keras untuk pastikan kemenangan kerusi tersebut dikekalkan," katanya.

Menurutnya, jentera parti telah mengatur langkah sejak minggu lalu dengan beberapa program telah berjalan.

"Pada masa sama Armada Bahagian akan berkampung di Tanjung Piai manakala Armada Negeri memberi tumpuan di kawasan-kawasan tertentu," katanya kepada Sinar Harian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK P165 Tanjung Piai, Johor ditetapkan pada 16 November depan.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan 2 November manakala hari mengundi Awal pada 12 November.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam 15 November.

Artikel Berkaitan:

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu kerana komplikasi jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Tanjung Piai ujian besar PH

PRK Tanjung Piai uji 'perkahwinan' UMNO-Pas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!