Polis Perak siap sedia hadapi PRN

Razarudin (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Perak hari ini.
Razarudin (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Polis Perak bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang memantapkan setiap pegawai dan anggotanya menerusi latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan Unit Tempur Ringan (LSF).

“Kita memang bersedia bila-bila masa (PRN) dan setakat ini kita dalam proses LDP dan LSF bersama pegawai-pegawai lain yang diadakan secara berterusan.

“Bagaimanapun kita tidak nampak perkara ini (PRN) berikutan dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP hanya letak jawatan dalam parti dan bukannya keluar parti. Ia masih lagi kerajaan negeri dan ahli DAP,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemungkinan berlakunya PRN selepas timbul ura-ura beberapa ADUN kerajaan mahu meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri selaku wakil rakyat bebas.

Semalam, Sinar Harian melaporkan tular surat bertarikh 23 September itu dinyatakan satu lawatan awal tapak akan dilakukan ke sekolah-sekolah berkenaan yang dijadikan pusat mengundi di Perak pada 1 September hingga 30 November 2019.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya Perak, Mohd Nazri Ismail menyatakan bahawa surat kebenaran itu dimohon sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lanjutan daripada pendaftaran automatik bagi pengundi berusia 18 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN Tular surat lawat pusat mengundi: SPR sahkan persiapan PRU15

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!