Tuntut Anwar nilai kembali jawatan tertentu
A
A
A
Ketuanya, Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, kemampuan Saifuddin dipersoal berikutan kegagalannya menyelesaikan kad keahlian di samping bebanan tugas sebagai menteri.
Menurutnya, nama-nama lain yang dilantik juga perlu dinilai kerana ia mungkin sesuai pada individu lain.
"Bukannya saya kata lantikan presiden tidak sesuai dan tidak layak, namun dalam aspek setiausaha agung, beliau seorang menteri dan pernah menjadi setiausaha agung.
"Dengan jawatan sebagai Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) lagi yang perlu fokus harga barang, bagaimana beliau sebagai yang perlu selesai harga barang dalam masa sama nak selesai hal parti?," katanya.
Beliau berkata, PKR sebuah parti besar dan sewajarnya isu seperti ini diberikan perhatian serius.
Menurutnya, AMK tidak mahu melihat isu ini berlarutan panjang hingga mencemar nama PH.
"Saya berharap presiden dan timbalannya dan lain-lain diberikan peluang untuk berbincang sebaiknya agar ia menghasilkan keputusan terbaik sekali gus memastikan parti ini bergerak sehingga PRU15," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!