Martinez tak risau Hazard gemuk

HAZARD
HAZARD
A
A
A

KETUA jurulatih Belgium, Roberto Martinez tidak risau dengan masalah berat badan yang dialami pemain sayapnya, Eden Hazard menjelang perlawanan kelayakan Euro 2020.

Menurutnya, dia tidak setuju dengan anggapan ramai pihak bahawa prestasi Hazard menurun ekoran masalah kegemukan dan menegaskan pemain berusia 28 tahun itu tetap berbahaya kepada pemain lawan.

"Saya tak pasti sama ada masalah gemuk itu memberikan masalah kepadanya, tetapi bagi saya dia tetap pantas dan dapat menembusi pertahanan lawan dengan mudah.

"Dia memiliki bakat semula jadi dan berat badannya itu tidak mempengaruhi prestasinya ketika ini. Jadi, jika anda tanya, saya memang tidak kisah dengan masalah kegemukan itu," katanya.

Berat badan bintang Real Madrid itu ketika ini dilaporkan melebihi berat idealnya sebanyak 7 kilogram dan beratnya naik mendadak berbanding ketika bermain bersama Chelsea musim lalu.

Keadaan berat badannya itu turut dikatakan menjadi punca Hazard belum mampu tampil cemerlang bersama Real dengan hanya mampu menjaringkan satu gol dalam lapan perlawanan bersama Los Blancos.

"Saya tetap akan menurunkannya dalam kesebelasan utama pasukan.Kami ada cara untuk menilai prestasi pemain. Buat masa sekarang saya mahu fokuskan kepada pertemuan dalam saingan kelayakan Euro 2020. Kami mahukan kemenangan," kata Martinez.

Belgium akan menghadapi San Marino awal pagi esok sebelum bertemu Khazakhstan Ahad ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!