Kerjasama AS-Israel membabitkan Syria tetap diteruskan

Mike Pompeo (kiri) dan Benjamin Netanyahu. - Foto Avi Ohayon/GPO
Mike Pompeo (kiri) dan Benjamin Netanyahu. - Foto Avi Ohayon/GPO
A
A
A

BRASILIA - BRAZIL.Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo berkata, AS akan tetap meneruskan kerjasama dengan Israel membabitkan Syria di sebalik rancangan Presiden Donald Trump untuk mengundurkan tentera dari negara bergolak berkenaan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau merancang membincangkan usaha meningkatkan kerjasama risikan dan operasi di Syria dan lokasi lain bertujuan menghalang ‘keganasan’ Iran.

“Kerjasama AS dengan Israel tidak akan berubah sebagaimana sebelum rancangan pengunduran tentera AS dibuat,” kata Pompeo meyakinkan Netanyahu.

Terdahulu, Trump mengumumkan rancangan pengunduran tentera AS dari Syria susulan 'kejayaan' misi mengalahkan militan Daesh.

Pelan terbaharu, pengunduran tentera AS akan dibuat secara berperingkat bagi menjamin proses berkenaan berjalan dengan lancar.- Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!