Lelaki halang majlis perkahwinan bekas teman wanita

Penunggang yang berpakaian hitam dengan topi keledar berwarna biru, berjalan ke arah kenderaan pengantin perempuan dan membuka pintu kereta antik dan berlutut merayu agar dia tidak meneruskan upacara perkahwinan. - Foto Agensi
Penunggang yang berpakaian hitam dengan topi keledar berwarna biru, berjalan ke arah kenderaan pengantin perempuan dan membuka pintu kereta antik dan berlutut merayu agar dia tidak meneruskan upacara perkahwinan. - Foto Agensi
A
A
A

ANTIOQUIA - Bak dalam filem. Itu gambaran kelakuan seorang penunggang motosikal yang dirakam cuba menghalang bekas teman wanitanya dalam perjalanan ke majlis perkahwinan.

Video itu berjaya dirakam orang ramai yang berada di lokasi berdekatan kota Medellin di Antioquia, Colombia.

Di dalam video berdurasi hampir satu minit itu penunggang motosikal itu dilihat memaksa kereta yang membawa pengantin wanita itu berhenti di tengah kesibukan jalan raya dalam perjalanan ke gereja.

Penunggang yang berpakaian hitam dengan topi keledar berwarna biru berjalan ke arah kenderaan pengantin perempuan dan membuka pintu kereta antik dan berlutut merayu agar dia tidak meneruskan upacara itu dan turut mencuba mencium pengantin seolah memohon maaf.

Pengantin wanita tersebut turut dilihat menggelengkan kepalanya seolah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan usaha yang dilakukan itu tidak membuahkan hasil apabila dia ditinggalkan begitu sahaja dalam kesesakan itu.

Sementara itu pengguna media sosial mengkritik tindakan lelaki itu apabila ia ditularkan di media sosial.

Seorang pengguna, Rosibel Lopez Gomez berkata, dia kehilangan peluang ketika dia bersama dengannya.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang biarkan dia berkahwin dengan selamat," katanya.

Flor de Primavera pula menambah keadaan yang memalukan kerana tiada siapa yang memaksa sesiapa yang berkahwin.

"Sesiapa yang berkahwin melakukannya kerana mereka mahu.

"Tidak ada apa-apa tentang kekeliruan semua orang bertanggungjawab atas pilihan mereka dalam kehidupan. Wanita itu memutuskan untuk berkahwin dan lelaki itu memalukan seorang wanita yang tidak menyayanginya lagi," katanya.

Bagaimanapun pengantin perempuan atau pengiring tidak dikenal pasti. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!