Saya tak pernah terfikir nak buat solo: Neeta

Neeta - foto Astro
Neeta - foto Astro
A
A
A
BIG STAGE musim kedua ternyata memberi tuah yang tersendiri buat Neeta yang juga merupakan vokalis kumpulan IamNeeta, apabila ramai yang mula melihat kemampuannya dalam bidang nyanyian, sekali gus menghargai bakat seninya.

Biarpun semakin dikenali ramai dan tampil dengan single solo Ruang Mimpi, Neeta menegaskan untuk terus bersama kumpulannya.

Mengakui lebih selesa melakukan persembahan bersama band, penyanyi berdarah campuran India, Cina dan Siam ini berharap untuk tampil dengan lebih banyak karya bersama IamNeeta yang turut dianggotai oleh Patrick Anohada dan Anas.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana percaya dengan bakat yang saya miliki dan memberi sokongan yang sepenuhnya sehingga saya berada pada tahap ini.

“Secara jujurnya saya lebih selesa bersama band, apatah lagi kami sudah bersama selama tujuh tahun dalam industri. Apa sahaja perancangan, semua fikir nak buat dengan band.

“Bagaimanapun disebabkan salah seorang anggota band kami sedang menyambung pelajaran di luar negara, saya mungkin mengambil peluang ini untuk tampil solo buat sementara waktu dalam tempoh dua tahun ini,” akuinya.

Tambah Neeta, jika bersama kumpulan mereka sudah mempunyai signature yang tersendiri menerusi genre dan konsep lagu yang dibawakan, berbeza pula apabila dia bergerak secara solo

“Saya tak pernah terfikir nak buat solo sebelum ini, jadi mungkin kena buat eksperimen terlebih dahulu untuk tengok apa yang sesuai dan tidak dengan kemampuan saya.

“Buat masa ini saya akan fokus untuk mempromosikan single Ruang Mimpi terlebih dahulu dan perkara-perkara lain akan difikirkan kemudian.

Artikel Berkaitan:

“Saya kini dalam perancangan untuk menghasilkan muzik video single terbaharu itu dan kita tengoklah respon peminat macamana nanti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!