4 pasangan kembar curi tumpuan

Pasangan kembar Tahun Satu (dari kanan) pasangan kembar Muhammad Danish Azlan dan Muhammad Danial, Nurain Amirah Abdul Malek dan Nurain Athirah, Muhammad Nur Airil Ahmad Redzuan dan Muhammad Nur Airie serta Mior Rafieq Hazieq Mohd Rosdy dan Mior Razieq Harith diraikan di SK Serkam Darat, hari ini.
Pasangan kembar Tahun Satu (dari kanan) pasangan kembar Muhammad Danish Azlan dan Muhammad Danial, Nurain Amirah Abdul Malek dan Nurain Athirah, Muhammad Nur Airil Ahmad Redzuan dan Muhammad Nur Airie serta Mior Rafieq Hazieq Mohd Rosdy dan Mior Razieq Harith diraikan di SK Serkam Darat, hari ini.
A
A
A
JASIN - Hari pertama sesi persekolahan memberikan keunikan bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat di sini dengan kehadiran empat pasangan kembar yang memasuki tahun satu.

Mereka terdiri daripada pasangan kembar Muhammad Danial dan Muhammad Danish Azlan, Nurain Amirah dan Nurain Athirah Abdul Malek, Muhammad Nur Airie dan Muhammad Nur Airil Ahmad Redzuan serta Mior Rafieq Hazieq dan Mior Razieq Harith Mohd Rosdy.

Kedatangan mereka disambut dalam satu majlis khas sambil diiringi hulubalang berbusana pahlawan Melayu dari Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Umbai dan Gerbang Melayu Melaka (GBM) yang diketuai Timbalan Pengerusi GBM, Hisham Jaafar, dengan lima ahli bersama alat permainan muzik tradisional Melayu seperti gendang anak, gendang ibu, tetuang, gong, dan serunai.

Guru Besar SK Serkam Darat, Abu Hassan Ahmad, berkata seramai 97 murid tahun satu mendaftar tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan murid di sekolah berkenaan seramai 567 orang.

Katanya, kesemua pasangan kembar berkenaan ditempatkan di kelas sama bagi mengelak langkah pengasingan mengganggu proses pembelajaran.

"Ini kali pertama sekolah menerima empat pasangan kembar berbanding sebelum ini hanya satu atau dua pasangan. Kita juga menjemput pemuzik bagi menceriakan dan memberi motivasi kepada murid sekolah selain memeriahan suasana sekolah hari pertama," katanya.

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Danial dan Muhammad Danish, Zanawati Zakaria, 44, berkata, kedua-dua anaknya itu bersemangat untuk ke sekolah apabila bangun seawal jam 5 pagi tanpa mengejutkan mereka.

"Seminggu sebelum bersekolah lagi mereka berdua menghitung hari dan asyik bertanya bila sekolah bermula dan sudah beberapa kali mencuba pakaian seragam sekolah yang baharu dibeli," katanya yang ditemui di sini.

Zanawati berkata, pemilihan kasut sekolah putih bagi anak mereka pula kerana mahu membiasakan diri berdikari dan berdisiplin berbanding kasut hitam.
Artikel Berkaitan:


"Jika pakaikan kasut hitam, tidak nampak kotor yang mahu dicuci," katanya yang turut ditemani suami, Azlan Ahmad, 46.

Bagi Zabariah Zainuddin, 44, ibu kepada Nurain Amirah dan Nurain Athirah, 46, sebagai ibu bapa, mereka perlu bekerjasama dengan guru bagi menilai prestasi anak berikutan pentaksiran sekolah bukan berasaskan peperiksaan mulai tahun ini.

"Jika ada peperiksaan, kita boleh menilai prestasi anak-anak, jika tiada, kita sendiri perlu menilai lebih lagi," katanya ketika ditemani suami, Abdul Malek Abdullah, 46.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Dr Mohd Azam Ahmad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!