Harimau Malaya ketinggalan
SKUAD Harimau Malaya ketinggalan satu gol ketika menentang Vietnam selepas tamat babak pertama di Stadium My Dinh, Hanoi sebentar tadi.
Vietnam memperoleh gol menerusi jaringan penyerang berbisanya, Nguyen Quang Hai pada minit ke-40.
Gol berpunca daripada bola hantaran kapten Vietnam, Que Ngoc sebelum Quang Hai melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Harimau Malaya, Mohd Farizal Marlias.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!