Wanita nyaris buta kerana suntik filler di bibir

Bibir Mikayla Stutchberry membengkak selepas menjalani prosedur suntikan filler.
Bibir Mikayla Stutchberry membengkak selepas menjalani prosedur suntikan filler.
A
A
A

MELBOURNE - Seorang wanita muda di Australia nyaris hilang penglihatan selepas filler yang disuntik pada bibirnya pecah.

Insiden yang menimpa Mikayla Stutchberry berlaku tidak lama selepas dia menjalani prosedur suntikan filler di sebuah cawangan klinik kecantikan ternama di Victoria.

Mikayla berkata, dia melakukan prosedur itu kerana mahu bibir kelihatan lebih mungil dan menawan.

"Tidak lama selepas menjalani prosedur suntikan filler, bibir saya berasa sakit dan membengkak.

"Ia bertambah buruk apabila bibir saya mula melecet dan mengeluarkan cecair filler berkenaan," katanya.

Menurutnya, doktor yang merawatnya berkata dia bernasib baik kerana insiden itu tidak meragut nyawanya.

Dia juga dimaklumkan bahawa bibirnya membengkak kerana filler berkenaan mungkin disuntik pada saluran darah.

"Wanita malang ini amat bernasib baik. Dia mungkin buta akibat kecuaian pihak klinik," kata bekas Presiden Doktor Bedah Plastik Australia, Profesor Mark Ashton.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, klinik Laser Clinics Australia yang menjalankan prosedur suntikan filler tersebut menafikan kakitangannya cuai dan menyifatkan tuduhan wanita berkenaan sebagai tidak berasas. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!