Pemimpin sokong LTTE perlu ditangkap dan didakwa: Mufti Perlis

Dr Asri
Dr Asri
A
A
A

KANGAR - Pemimpin DAP yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hendaklah didakwa dan ditangkap.

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, jika ada sesiapa yang membuat ucapan terbuka menyokong al-Qaedah atau IS akan ditangkap dan didakwa.

"Maka wajarlah kiranya golongan yang menyokong LTTE ini dikenakan tindakan yang sama," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya.

Menurut Dr Asri, negara dalam bahaya jika ada pemimpin politik yang berjawatan terlibat dengan sokongan kepada kumpulan pengganas.

"Saya percaya, jika ini berterusan maka nanti majoriti rakyat Malaysia akan melihat DAP bukan sahaja ancaman terhadap perlembagaan negara.

"Bahkan ia merupakan satu ancaman terhadap keselamatan negara dan ini menunjukkan barah yang makin hari makin terserlah," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN Dua ADUN DAP tak bersalah, kata Guan Eng

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!