Guna gas pemedih mata halang pendatang Mexico
Kesemua pendatang terbabit beranggapan, pengawal sempadan tidak bertugas berikutan cuti umum dan cuba menceroboh masuk, malangnya kehadiran mereka 'disambut' dengan gas pemedih mata.
Saksi memaklumkan, pengawal sempadan melepaskan gas pemedih mata ke arah sekurang-kurangnya 150 pendatang Mexico yang bersedia untuk memanjat pagar kawat berduri.
Jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, Katie Waldman menggelar kumpulan pendatang terbabit sebagai ‘gerombolan ganas’ dan mendakwa mereka melempar objek ke arah pengawal sempadan yang terpaksa mempertahankan diri.
Dalam pada itu, Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkata, gas pemedih mata itu adalah tindak balas kepada pendatang yang melemparkan batu dari arah sempadan Mexico dalam usaha memasukkan remaja menerusi pagar kawat berduri.
CBP berkata, kebanyakan pendatang yang cuba merentas sempadan akhirnya terpaksa berpatah balik ke Mexico, manakala 25 yang lain termasuk dua remaja ditahan. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!