350 penguat kuasa gempur premis makanan

Zaini (tiga, kiri) menampal tanda larangan merokok di Kopitiam Kita, di sini.
Zaini (tiga, kiri) menampal tanda larangan merokok di Kopitiam Kita, di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 350 penguatkuasa Jabatan Kesihatan Kelantan digerakkan bagi memantau 5,441 premis makanan yang terlibat dengan kawasan larangan merokok di negeri ini.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan pewartaan tempat makanan sebagai kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) (Pindaan 2018).

"Pemilik premis yang tidak mempamerkan tanda larangan merokok akan dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan gagal memastikan orang tidak merokok di tempat makan.

"Penguatkuasaan ini juga bukan hanya di bandar, malah akan turut melibatkan kawasan luar bandar. Ia akan dilakukan secara berperingkat," katanya.

Beliau hadir merasmikan Pelancaran Program Penguatkuasaan Pendidikan di tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di Kopitiam Kita, di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!