Tiada penerokaan baharu, tumpu Indonesia, Filipina
Dalam hantaran terbarunya di Twitter, beliau turut mengesahkan kumpulan itu tidak akan membuka syarikat penerbangan baharu dalam tempoh tiga tahun.
"Selepas Vietnam kami akan tumpu pada apa yang kami telah miliki (ketika ini).
"Kami telah mempunyai barisan francais yang hebat - Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam (negara-negara ini mempunyai) populasi besar dan merupakan ekonomi yang sedang pesat membangun," katanya.
Fernandes juga berkata (operasi) AirAsia India dan Jepun akan memberikan sokongan kepada kumpulan üntuk "meliputi dunia”dan terus berkembang.
Beliau menzahirkan keyakinan bahawa operasi syarikat penerbangan itu di India dan Jepun akan mencatat keuntungan pada 2021. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!