Empat teras Belanjawan 2020

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat teras menunjangi Belanjawan 2020 dengan tema Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, teras pertama dalam memacu pertumbuhan ekonomi baharu dan era digital.

Menurutnya, pelaburan ke atas rakyat dengan meningkatkan keupayaan modal insan dalam teras kedua.

"Ketiga, mewujudkan masyarakat yang bersatu inklusif dan saksama. Keempat, memulihkan institusi dan kewangan awam.

"Strategi pertama di bawah teras pertama menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama destinasi pelaburan," katanya pada Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, negara mencapai kadar pertumbuhan ekonomi paling pesat dalam tempoh sedekad dari 1968 hingga 1997 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pertama kali menjadi Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!