Sistem kereta kabel baharu mampu tarik lebih ramai pelancong

-Foto Facebook Kereta kabel Bukit Bendera
-Foto Facebook Kereta kabel Bukit Bendera
A
A
A

GEORGETOWN- Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHC) menyambut baik peruntukkan RM100 juta untuk membina sistem kereta kabel baharu di pusat peranginan tersebut yang diumumkan pada Belanjawan 2020.

PHC dalam kenyataannya berkata, peruntukan itu mampu menjana pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan khususnya di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.

PHC berkata, bagaimanapun projek kereta kabel baharu itu perlu menjalani kajian kebolehlaksanaan teknikal sebelum dilaksanakan.

"Jumlah pengunjung tempatan dan luar negara yang melawat Bukit Bendera menunjukkan peningkatan setiap tahun. Tahun lalu, Perkhidmatan Furnikular Bukit Bendera mencatatkan 1.74 juta penumpang. Populariti Bukit Bendera semakin meningkat setiap tahun," katanya.

Tambahnya, pembinaan kereta kabel baharu itu akan menjadi tarikan baharu bagi pengunjung ikonik untuk Pulau Pinang.

"Pengunjung akan menikmati pandangan udara dari Bukit Bendera selain merupakan alternatif baharu untuk ke pusat peranginan ini.

"PHC akan memastikan projek ini akan dilaksanakan dengan baik mengikut keperluan teknikal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!