Peningkatan peruntukan KDN, Kementerian Pertahanan demi kedaulatan negara

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15.6 bilion kepada Kementerian Pertahanan pada tahun depan. - Foto Bernama
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15.6 bilion kepada Kementerian Pertahanan pada tahun depan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM16.9 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan RM15.6 bilion bagi Kementerian Pertahanan pada tahun depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama berkata, kedua-dua peruntukan itu meningkat berbanding tahun lalu iaitu masing-masing RM15.6 bilion dan RM13.9 bilion.

“Fokus utama akan bertumpu bagi menambah baik kesiapsiagaan pertahanan termasuk meningkatkan mobiliti Angkatan Tentera Malaysia.

“Di samping itu, kesiapsiagaan melibatkan keperluan untuk menangani ancaman baharu seperti mempertahankan perairan di Sabah yang memerlukan peralatan seperti Bot Pemintas Laju (Fast Interceptor Crafts),” katanya di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!