Dua jalan utama ditakungi banjir kilat
KUALA LUMPUR - Hujan lebat petang tadi menyebabkan beberapa jalan utama sekitar lembah klang dinaiki air.
Laluan terowong ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ditutup selepas air naik hampir 0.5 meter.
Jalan di Eco Mall menghala Bulatan Billion turut menghalang trafik selepas ditakungi air.
Kebanyakan kenderaan memberhentikan kenderaan di bahu jalan, tidak kurang ada antaranya meredah banjir kilat itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!