22 keluarga di Selama dipindahkan akibat banjir
LARUT - Sebanyak 22 keluarga di Kampung Bendang Luas, Ijok Selama terpaksa dipindahkan berikutan banjir yang melanda kawasan ini, malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, perpindahan melibatkan 44 orang termasuk seorang bayi lelaki dan 11 warga emas itu dilakukan sekitar jam 9.30 malam tadi.
"Kesemua mereka ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Bendang Luas sebagai langkah berjaga-jaga selepas kediaman masing-masing dinaiki air," katanya.
Menurut kenyataan itu, paras air dikhuatiri meningkat berikutan keadaan cuaca masih mendung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!