CCTV di pintu masuk tingkat integriti: KP Imigresen
KUALA LUMPUR - Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk Jabatan Imigresen dapat membantu meningkatkan tahap integriti pegawai jabatan berkenaan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, keputusan berkenaan akan membantu usaha meningkatkan tahap integriti kakitangan jabatan itu.
"Terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Kewangan di atas peruntukan yang diluluskan untuk pemasangan CCTV," katanya kepada Sinar Harian.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 semalam mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bagi menambah baik prosedur dan kemudahan tahanan, khususnya pemasangan 11,500 kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahanan polis dan pintu masuk imigresen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!