Belanjawan 2020 bajet sederhana

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Belanjawan 2020 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disifatkan sebagai bajet sederhana.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Asri Mohd berkata, secara keseluruhannya, belanjawan kali ini lebih banyak menumpukan kepada belanja hangus contohnya, wang pencen berbanding penjanaan ekonomi.

Menurutnya, di sebalik 15 strategi dibentangkan, hanya 18 peratus membincangkan kaedah penjanaan ekonomi.

"Keseluruhan belanjawan adalah pengenalan kepada cukai bagi membantu mengukuhkan pendapatan.

"Selain itu,belanjawan kali ini adalah untuk melihat kecekapan kita mengurus dan menjana hasil," katanya sempena program diskusi moderator bersama dua panel berhubung pasca Belanjawan 2020 di Dewan Karangkraf.

Hadir sama, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor dan menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arba Faoundation, Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.

Sementara itu Muhamad Nadzri berkata, belanjawan kali ini bertujuan menggalakkan kemasukan pelaburan dari luar yang disifatkan bakal membantu dari segi pemantapan ekonomi.

"Bajet kali ini juga ada menyentuh berhubung ekonomi digital yang boleh membantu.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu saya tertarik dengan langkah untuk mengurangkan buruh asing," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!