Hajat England tertangguh

Reaksi sugul pemain England selepas tewas 1-2 kepada Czech. - Foto Reuters
Reaksi sugul pemain England selepas tewas 1-2 kepada Czech. - Foto Reuters
A
A
A

HAJAT England untuk mengesahkan slot ke Kejohanan Euro 2020 lebih awal tidak kesampaian apabila tewas kepada Republik Czech 1-2 dalam kempen kelayakan Kumpulan A, awal pagi tadi.

Pengendali The Three Lions, Gareth Southgate tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan kekalahan tersebut dan menyifatkan permainan pasukannya serba tidak menjadi dalam perlawanan itu.

"Mudah untuk memperkatakan bahawa persembahan kami tidak bagus. Kami sepatutnya boleh meraih sekurang-kurangnya keputusan seri tetapi kami melepaskan gol yang tak sepatutnya.

"Kami perlu melihat kembali perlawanan ini dan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum perlawanan akan datang," katanya.

Dalam perlawanan itu, penyerang England, Harry Kane terlebih dahulu meletakkan The Three Lions di hadapan menerusi jaringan penlati sebelum disamakan Jakub Brabec empat minit kemudian.Zdenek Ondrasek menjadi wira buat Czech apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan rekod 10 tahun dan 43 perlawanan tanpa kalah England di kelayakan Euro dan Piala Dunia lebur.

Kata Southgate, dia mengharapkan pemainnya tidak terkesan dengan kekalahan tersebut dan perlu bangkit mencari kemenangan dalam perlawanan menentang Bulgaria Selasa ini untuk mengesahkan tempat ke Euro 2020.

"Bulgaria juga bukan calang-calang pasukan. Kami gagal menunjukkan persembahan baik dalam perlawanan Czech dan saya meminta pemain supaya tidak mengulangi aksi sama ketika menentang Bulgaria.

Artikel Berkaitan:

"Kami tidak boleh melepaskan peluang terhidang dan jentera pertahanan juga perlu beraksi baik dengan cuba mengelak dibolosi gol mudah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!