Belanjawan 2020: PH terus beri 'dedak basah', sindir Zahid

Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak, di sini hari ini. - Foto Facebook Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak, di sini hari ini. - Foto Facebook Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

IPOH - UMNO menganggap pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diteruskan pada Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam sebagai 'dedak basah'.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai dedak oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, pengekalan BSH pada Belanjawan 2020 memperlihatkan bahawa selama ini kerajaan PH dibentuk dengan fitnah apabila berulang kali mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat sebagai dedak.

Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Saarani selepas merasmikan Konvensyen UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini hari ini.
Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Saarani selepas merasmikan Konvensyen UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini hari ini.

"Kita tidak berhasrat untuk menggunakan pendekatan sama sebab saya amat yakin bahawa mana-mana kerajaan yang dibentuk atas fitnah, rasa kebencian, mahu menjatuhkan, mereka juga akan jatuh dengan fitnah yang dibuat oleh mereka sendiri. Tanda-tanda ini telah ada.

"Lihat ucapan dalam belanjawan semalam, jelas memperlihatkan bahawa dulu mereka mengatakan sebarang bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dianggap sebagai dedak. Dulu BR1M sekarang ditukar BSH, basah... dedak yang basah," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Perak, di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini hari ini.

Hadir sama pada konvensyen berkenaan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 semalam, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 bilion bagi BSH dan memperluaskan skim itu meliputi 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, selain itu bagi orang kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan juga layak menerima bayaran BSH.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2020: 1.1 juta individu bujang terima manfaat BSH

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!