16 termasuk 9 kanak-kanak cedera belon helium meletup

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa melawat mangsa di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, hari ini. - Foto FB DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa melawat mangsa di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, hari ini. - Foto FB DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 16 termasuk sembilan kanak-kanak cedera dalam kejadian belon helium meletup semasa Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 11.34 pagi tadi menyebabkan mangsa berusia empat tahun hingga 30-an cedera dan melecur.

"Siasatan awal mendapati, kejadian disyaki berpunca semasa tali pengikat belon itu cuba dipotong menggunakan pemetik api.

"Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh orang dewasa susulan penemuan pemetik api di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan individu terbabit bagaimanapun masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, Dr Khairul Nizam Hassan berkata, semua pesakit dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Tiada mangsa yang kritikal. Mangsa hanya mengalami melecur tahap satu dan dua. Kecederaan melecur juga berbeza setiap mangsa," katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa melawat mangsa di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!