AS tangguh tarif ke atas produk China

Trump (kiri) dijangka menandatangani perjanjian itu bersama Xinping ketika Sidang Kemuncak PBB pada Disember depan.
Trump (kiri) dijangka menandatangani perjanjian itu bersama Xinping ketika Sidang Kemuncak PBB pada Disember depan.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) semalam bersetuju untuk menangguhkan kenaikan tarif terhadap import China selepas rundingan perdagangan selama dua hari di Washington.

Menurut Presiden Donald Trump, perunding kedua-dua belah pihak mencapai kesepakatan 'fasa perjanjian tunggal' yang meliputi peningkatan pembelian produk pertanian, isu perkhidmatan kewangan dan kecurian teknologi.

"Kami mencapai persetujuan dalam banyak perkara. Perunding akan mula membincangkan fasa tambahan seterusnya sejurus set perjanjian ini dimeterai," ujarnya.

Difahamkan, Trump dijangka menandatangani perjanjian tersebut bersama rakan sejawatannya dari China, Presiden Xi Jinping ketika Sidang Kemuncak PBB di Chile pada Disember depan.

Sementara itu, perunding utama dari Beijing, Liu He memaklumkan beliau juga gembira dengan perkembangan tersebut selepas Washington dijangka menaikkan tarif terhadap beberapa barangan China kepada 30 peratus pada minggu depan.

Sebelum ini, AS mendakwa kemajuan baik telah dicapai terhadap beberapa isu sama seperti meningkatkan pembelian produk pertanian, pertukaran asing dan mata wang, namun perang tarif antara kedua-dua negara terbabit gagal diselesaikan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!