Kepala disyaki milik dua beranak dikerat lapan ditemui
MELAKA TENGAH - Polis dipercayai menemui dua kepala disyaki milik dua beranak yang dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan di kawasan semak berhampiran Kampung Landang Krubong.
Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan identiti kepala berkenaan termasuk lokasi penemuan kedua-dua kepala berkenaan memandangkan siasatan sedang dijalankan.
Menurutnya, ini termasuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu terutamanya daripada keluarga mangsa.
"Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan anggota-anggota badan yang ditemui berkenaan milik seorang wanita dan anak lelakinya.
"Dalam masa sama keputusan lanjut akan dimaklumkan dan biar pihak polis jalankan siasatan rapi untuk memberi keadilan kepada semua pihak," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bunuh kerat lapan ditahan: PDRM
Pemotong rumput jumpa mayat di kawasan semak
Mat Kasim berkata, polis turut mengucapkan terima kasih kepada polis Singapura atas kerjasama sehingga suspek yang dipercayai suami kepada mangsa itu dapat ditahan.
"Mereka telah menyerahkan suspek pada kita dan berjaya bawa ke negara ini malam tadi.
"Kita akan jalankan siasatan lanjut untuk mencari bukti tambahan termasuk senjata digunakan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!