Suspek sempat hantar anak bongsu ke rumah mertua

Norhafizah
FOTO: ASTRO AWANI
Norhafizah FOTO: ASTRO AWANI
A
A
A

MELAKA TENGAH - Suspek utama kes bunuh dua beranak sempat menghantar anak bongsu berusia dua tahun ke rumah ibu mertuanya seperti biasa sebelum pulang ke Singapura.

Memetik laporan Astro Awani, kakak sulung mangsa, Norhafizah Bidin, 33, berkata, suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan mahupun kelakuan aneh sebelum kejadian terbabit.

Menurutnya, suspek yang dikaitkan membunuh adik bongsunya, Nurfazera, 27 dan anak saudaranya, Iman Asraf Abdullah,11, juga seorang yang sangat baik dan menyayangi keempat-empat anak tirinya itu.

"Adik saya dengan dua lagi anaknya hasil perkahwinan terdahulu tinggal bersama ibu di Rumah Pangsa Pegaga, Taman Merdeka dan dua lagi anaknya dijaga bekas suami.

"Ahad lalu dia pulang ke rumah sewanya memandangkan suaminya pulang ke Melaka dan turut memaklumkan kepada kami dia akan ke Kuala Lumpur keesokannya untuk membeli-belah dan sambut hari jadi," katanya.

Norhafizah berkata, pada awalnya mereka sekeluarga tidak mengesyaki sebarang insiden buruk berlaku termasuk kehilangan dua beranak itu memandangkan suaminya pulang bercuti dari Singapura.

"Pagi Selasa, adik ipar hantar anak bongsu tirinya berusia dua tahun itu ke rumah ibu dan memaklumkan akan terus pulang ke Singapura.

"Ibu sempat bertanya ‘mana baby’ dan dia dalam keadaan tenang memaklumkan tidak tahu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, buat masa ini dia dimaklumkan polis akan mengambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) wakil keluarga bagi memastikan lapan anggota tubuh manusia itu milik adik dan anak buahnya.

"Saya harap orang ramai janganlah sebarkan gambar mahupun maklumat tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga kami lebih-lebih lagi seorang lagi adik kami bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!