Pelawak Kamal Chilok meninggal dunia
PELAWAK Kamal daripada kumpulan Chilok disahkan telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 4.40 petang Sabtu, setelah dua hari tidak sedarkan diri.
Terdahulu Kamal atau nama lengkapnya, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30, mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya pada Khamis.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang pada Ahad.
Kamal pernah menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 serta bergelar naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014 itu meninggalkan seorang isteri, Bea Zhari yang difahamkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!