Fadzil Zahari nak anak kembar

Pelakon, Fadzil Zahari
Pelakon, Fadzil Zahari
A
A
A
PELAKON Fadzil Zahari, berharap pada tahun ini dapat menimang cahaya mata kembar.

Suami kepada pelakon terkenal Yana Samsudin itu, berkata, dia menyasarkan pada awal tahun ini sudah mempunyai seorang lagi bilangan ahli keluarga baharu.

"Masih bertiga... tak apa tahun ini cuba lagi," coretnya dengan nada gembira.

Tambah adik pelakon Datuk Farid Kamil ini lagi, berkata, azam tahun 2019 ini dapat tambah anak kembar.

Begitu juga terhadap bidang kerjaya dan bisnes lain.

"Bikin filem aksi komedi, telemovie, TVC & Corporate Video bikin lagi dan lagi @prokuyastudios @foodchannel.my cepat aminkan. Abang doakan hangpa pun berjaya capai azam 2019 hangpa amin," tulisnya di Istagram miliknya.

No Image Caption



Dalam entry sama, Fadzil turut berkongsi bagaimana dia memanfaatkan masa bersama anak sulungnya ketika menyambut tahun baharu.

"Semalam tengok bunga api, kalau orang lain mungkin bersiap dari petang ataupun awal malam nak ke KL atau mana-mana tempat untuk sambut New Year.

Artikel Berkaitan:


"Kami macam biasa 11:30 malam baru keluar rumah, pusing kat iCity 11:59 malam, berhenti tepi highway standby bunga api meletus tunjuk pada @aisymateen ambik gambar sikit 12.15 tengah malam settle, memang cost dan time effective sangat," katanya.

Pada masa Fadzil juga berkongsi kenangan sewaktu zaman remaja menyambut tahun baharu.

"Kalau abang boleh putar balik ke zaman dulu, maunya abang yang dulu dah kena tampaq dengan abang yang sekarang, banyak fasa la (nasib baik tak join Ravers dulu).

"Zaman tumpang motor kawan, zaman ada motor EX5 sendiri, ada skuter seat putih, zaman naik tren, zaman tumpang kereta kawan. semuanya gigih sangat, servis dan cuci motor, wax siap dari pagi lagi nak keluaq malam punya pasai.

"Lepak mapley Bukit Bintang dari awal malam sampai 3-4 pagi apa benda tu. Gigih yang tak menjana pendapatan faham dak.

"Kalau la waktu tu sedar yang masa berlalu tak boleh kita dapat balik, mesti abang dah guna masa-masa yang ada dulu tu sebaik mungkin," ujarnya.

Fadzil dan Yana berkahwin pada 13 Februari 2015 serta dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Aisy Mateen yang kini berusia dua tahun lebih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!