Polis cari lelaki mental tunjuk kemaluan

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang didapati menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di parkir kereta sebuah pasar raya di Bandar Baru Medan Ipoh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pengadu berusia 22 tahun itu membuat laporan polis hari ini mendakwa lelaki lingkungan usia 40-an yang bekerja di pasar raya terbabit telah menunjukkan kemaluan kepadanya sebanyak dua kali.

“Dalam laporannya, kejadian itu berlaku pada jam 6.15 petang ketika wanita sedang parkir, suspek meluru ke arah keretanya dan menunjukkan kemaluannya.

“Pengadu tidak mempedulikan suspek terus masuk ke pasar raya. Selepas 45 minit, pengadu keluar menuju ke arah keretanya dan sekali lagi suspek melakukan perbuatan sama,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati pengadu sempat merakam video perbuatan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Tiada saksi dan CCTV (kamera litar tertutup) di tempat kejadian namun pengadu ada bertanyakan mengenai suspek dan pekerja di situ mendakwa lelaki itu kurang siuman dan tidak bergaul dengan orang lain.

“Suspek bekerja sebagai pengutip troli di pasar raya itu tidak menyentuh pengadu dan hanya berada di luar kenderaan,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan masih diteruskan walaupun pengadu tidak mahu panjangkan kes setelah mengetahui suspek merupakan pesakit mental,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!