Suntikan kepada sektor pertanian

Kerajaan berhasrat menjadikan padi pulut sebagai produk perdana Pulau Langkawi dan dijangka memberi manfaat kepada 1,200 petani.
Gambar kecil: Salahuddin Ayub
Kerajaan berhasrat menjadikan padi pulut sebagai produk perdana Pulau Langkawi dan dijangka memberi manfaat kepada 1,200 petani. Gambar kecil: Salahuddin Ayub
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan peningkatan peruntukan sebanyak 10.9 peratus iaitu RM4.9 bilion berbanding tahun lalu sebagai suntikan kepada usaha meningkatkan bidang pertanian di negara ini.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, peningkatan peruntukan itu juga membuktikan agromakanan negara mendapat perhatian kerajaan dan akan terus dibangunkan dengan mampan untuk memastikan bekalan makanan selamat serta mencukupi.

Menurutnya, ia selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam usaha kementerian membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan.

“Ia juga berfungsi sebagai pemangkin kepada Rancangan Malaysia ke-12 dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan tumpuan diambil untuk sektor pertanian bagi 2020 termasuklah pemberian elaun dan skim bagi para petani dan nelayan yang masih diteruskan serta langkah pemodenan bagi meningkatkan produktiviti.

“Selain itu, RM855 juta untuk sektor padi termasuklah RM796 juta bagi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Intensif Pengeluaran Padi (SIPP). Subsidi padi bukit atau huma juga akan diteruskan,” katanya selepas pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Katanya, sebanyak RM152 juta diperuntukkan kepada nelayan melibatkan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan.

"Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM150 juta peruntukan sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh. Ini adalah kekayaan baharu yang boleh meningkatkan hasil petani.

"Peruntukan sebanyak RM43 juta diagihkan untuk Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti tinggi. Tidak ketinggalan RM30 juta juga untuk penghasilan beras padi pulut di Langkawi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Salahuddin berkata, pihaknya akan menggunakan peruntukan daripada Belanjawan 2020 dengan cermat dan yakin mampu mengagihkannya secara adil serta saksama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!