1,710 anggota polis bertugas sepanjang PRK Tanjung Piai

No Image Caption
A
A
A

PONTIAN - Polis menempatkan 1,710 anggota bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mulai 31 Oktober ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kesemua anggota akan ditugaskan bermula 30 Oktober hingga hari pengundian pada 16 November.

Menurutnya, penempatan anggota polis itu melibatkan tambahan seramai 845 anggota dari luar daerah Pontian, kontinjen polis Johor dan Bukit Aman.

"Polis juga menubuhkan pasukan siasatan khas yang ditempatkan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Pontian bagi menjalankan siasatan terhadap kesalahan pilihan raya termasuk di media sosial.

"Lokasi tumpuan PRK Tanjung Piai adalah di Pekan Nanas. Dua balai polis bergerak turut disediakan di Pekan Nanas dan Kukup," katanya pada sidang media mengenai persiapan PRK Tanjung Piai di IPD Pontian di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh.

Mohd Kamarudin turut menasihatkan semua pihak mematuhi arahan dalam pelaksanaan proses pilihan raya kecil dengan tidak melanggar peraturan dan undang- undang sedia ada.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkapan berkait dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Johor setakat ini.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan berkenaan perkara ini (LTTE) dijalankan Cawangan Khas (Bukit Aman). Mereka mempunyai maklumat-maklumat tersendiri (tapi) setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan di Johor,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!