LRA Sungai Langat kembali beroperasi jam 7 petang

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyasarkan sistem elektrikal Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat akan kembali beroperasi pada jam 7 petang ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusannya, Abdul Raof Ahmad berkata, bagi mengurangkan impak gangguan bekalan kepada pelanggan, bantuan lori-lori tangki air akan digerakkan ke lokasi terlibat.

Beliau berkata, Air Selangor turut mengaktifkan tiga Pusat Khidmat Setempat (PKS) bermula pada jam 4 petang ini.

"Lokasi PKS adalah bersebelahan Masjid Taming Jaya, Balakong, Jalan Laksamana (berhampiran Kolam Tangki Sedut) Bandar Mahkota Cheras dan sekitar Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah,"katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat bakal mengalami gangguan bekalan air susulan insiden kerosakan itu yang menyebabkan lima pam air mentah di LRA berkenaan tidak dapat beroperasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di Hulu Langat

Berikutan itu Air Selangor menjangkakan penyusutan pengeluaran air sebanyak 180 MLD dari pengeluaran harian sebanyak 470 MLD.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!