FGV lantik ketua pegawai kewangan baharu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd melantik Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid sebagai ketua pegawai kewangannya menggantikan Ahmad Tifli Mohd Talha.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Mohd Hairul, 48, sebelum ini merupakan ketua pegawai kewangan Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (Mac 2012-Disember 2018) dan sebelum itu juga merupakan ketua pegawai kewangan bagi bahagian tenaga dan utiliti Sime Darby Bhd (Februari 2011-Februari 2012). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!