Ratusan tikus 'berpesta' di Shibuya
TOKYO - Shibuya mendapat jolokan bandar tikus selepas ratusan haiwan mamalia itu muncul di permukaan jalan ketika Taufan Hagibis membadai kawasan tengah dan timur Jepun semalam.
Rakaman kejadian itu tular dan menjadi perbualan hangat netizen selepas ia dimuat naik di laman Twitter.
Dalam rakaman itu, ratusan tikus naik ke permukaan dari lubang saluran pembetung ketika bandar berkenaan sepi tanpa penduduk ekoran arahan pihak berkuasa meminta orang ramai tidak keluar rumah.
Ia dirakam seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @okumura_0207 sekitar tengah malam, sejurus hujan lebat di bandar berkenaan berhenti.
Sehingga semalam, video berkenaan meraih lebih 1.66 juta tontonan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!