Lelaki Lubnan miliki koleksi wang kertas terbanyak

Youssef memiliki 12,282 keping wang kertas daripada pelbagai negara. - Foto Bilal Jawich/Xinhua
Youssef memiliki 12,282 keping wang kertas daripada pelbagai negara. - Foto Bilal Jawich/Xinhua
A
A
A

CHAKRA - Seorang lelaki dari bandar Chakra, Lubnan menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness baru-baru ini berikutan memiliki koleksi wang kertas terbanyak dari seluruh dunia.

Wissam Ali Youssef, 42, memiliki 12,282 keping wang kertas daripada pelbagai negara sekali gus mengatasi rekod terdahulu dipegang seorang warga India, Anil Bohora yang memiliki 10,025 keping wang kertas.

Youssef yang mula mengumpul wang kertas sejak berusia lapan tahun berasa amat gembira kerana mampu mencapai impiannya setelah berusaha keras selama ini.

"Koleksi pertama wang kertas saya musnah apabila Israel mengebom selatan Lubnan pada Julai 2006," kata Youssef yang tidak patah semangat meskipun rumahnya turut musnah dalam serangan itu.

Menurut Youssef, kebanyakan wang kertas yang dikumpul merupakan hadiah daripada rakan yang melawat pelbagai negara selain ada yang dibeli menerusi e-bay, peniaga dan juga pameran.

Mendapat sokongan penuh isteri tercinta, impian Youssef seterusnya ialah mengadakan pameran di Chakra bagi menunjukkan koleksi wang kertas miliknya yang dikumpul selama bertahun-tahun. - Xinhua

Youssef yang berusia 42 tahun menunjukkan sijil Guinness yang diterima. - Foto Bilal Jawich/Xinhua
Youssef yang berusia 42 tahun menunjukkan sijil Guinness yang diterima. - Foto Bilal Jawich/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!