Tun M perlu kekal sebagai PM

Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu kekal memegang jawatan sehingga pilihan raya akan datang bagi memberi peluang melunaskan janji-janji dibuat sebelum ini

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, beliau senada dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Dr Mahathir diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun.

“Sesuai dengan pilihan Bersatu, Dr Mahathir perlu kekal sebagai perdana menteri sehingga PRU15. Jika itu kehendak pemimpin sehingga ke peringkat akar umbi Bersatu, teruskanlah asalkan ia tidak menjejaskan negara.

“Saya tak adalah sokong saranan Bersatu tapi jika ia mampu bawa negara ke arah yang lebih baik, teruskan sahajalah,” katanya, selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Menurutnya, tidak banyak usaha dan perkara yang dapat dibuat bagi pembangunan negara jika masa dan tempoh mentadbir diberi terlalu pendek.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!