Naik bot demi ‘Chup Badui Sikulah’
Anak-anak Batek mula bersekolah sejak Januari 2018 terdiri daripada 50 orang dari umur 7 hingga 16 tahun.
Pada awalnya, sesi persekolahan mereka bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kini, waktu persekolahan mereka sama seperti murid yang lain bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Pengangkutan anak-anak Batek ini ke Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan adalah dengan menaiki bot.
Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit menyusuri Sungai Tembeling. Pengurusan pengangkutan ke sekolah diselia oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Silibus yang direka khas oleh para guru SK Kuala Tahan untuk anak-anak Batek adalah berbeza dengan menggunakan konsep 5M iaitu Makan, Minum, Main, Mempelajari sesuatu dan Muzik.
Program ini digelar 'Chup Badui Sikulah' atau Jom ke Sekolah untuk menarik minat anak-anak Batek ke sekolah.
Hasil kerjasama guru-guru dan penduduk tempatan, mereka berjaya meyakinkan ibu bapa orang asli Batek ini menghantar anak mereka ke sekolah dengan memberikan kesedaran pentingnya pendidikan untuk masa depan anak-anak mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!