'Meow' terselamat dari Taufan Hagibis

Ciapan dan perkongsian gambar kucing tersebut mengundang kelegaan dalam kalangan netizen yang bersyukur haiwan itu terselamat daripada Taufan Hagibis.
Ciapan dan perkongsian gambar kucing tersebut mengundang kelegaan dalam kalangan netizen yang bersyukur haiwan itu terselamat daripada Taufan Hagibis.
A
A
A

OKINAWA - Taufan Hagibis yang membadai bahagian tengah dan timur Jepun kelmarin telah mengorbankan 35 orang di samping mengakibatkan ribuan kediaman di Jepun terputus bekalan elektrik.

Taufan tersebut yang juga dikenali sebagai Typhoon No 19 merupakan ribut taufan paling dahsyat pernah berlaku dalam tempoh 60 tahun sehinggakan Jabatan Metrologi memberi amaran awal kepada penduduk yang bakal terjejas untuk menghadapi bencana itu.

Salah satunya di Pulau Okishima, Jepun di mana pulau itu tidak ramai didiami oleh manusia tetapi terdapat banyak kucing yang bebas dan manja menyambut kedatangan pelancong, mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen khususnya pencinta haiwan.

Penduduk telah bertindak menyelamatkan dan memberi pelindungan kepada kucing-kucing di pulau tersebut seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter.
Penduduk telah bertindak menyelamatkan dan memberi pelindungan kepada kucing-kucing di pulau tersebut seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter.

Bagaimanapun anda tidak perlu bimbang kerana penduduk di pulau yang juga dikenali sebagai Pulau Kucing itu telah bertindak menyelamatkan dan memberi pelindungan kepada haiwan terbabit seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter.

Pengguna akaun Twitter, TayAiren menerusi ciapannya berkata, "Mereka (kucing) semuanya selamat dan tidak perlu risau...kerajaan dan penduduk di sana (Pulau Okishima) telah menjaga kucing tersebut dengan baik. Mereka telah dipindahkan ke kawasan selamat dua atau tiga hari sebelum taufan bermula."

Perkongsiannya yang turut memuat naik gambar kucing sedang duduk di dalam kotak kini tular di media sosial dan rata-rata netizen bersyukur kerana kucing tersebut terselamat daripada taufan.

Tulis @detectivejichu "Saya bersyukur dengan Tuhan dan semoga penduduk di sana yang menjaga kucing di sana sentiasa dirahmati dan diberkati."

Artikel Berkaitan:

"Terbaik...lega bila dapat tahu kucing-kucing tersebut semuanya selamat...kerajaan Jepun dan penduduk di sana memang prihatin...terima kasih kerana menyelamatkan mereka," kata @noresharman di ruangan komen di Twitter.

Antara komen netizen yang bersyukur kucing di Pulau Okishima terselamat dari Taufan Hagibis.
Antara komen netizen yang bersyukur kucing di Pulau Okishima terselamat dari Taufan Hagibis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!