Kecederaan Neymar bukan salah saya: Tite

Tite (kanan) mempertahankan tindakannya menurunkan Neymar dalam perlawanan menentang Nigeria, semalam. - Foto: Goal.com
Tite (kanan) mempertahankan tindakannya menurunkan Neymar dalam perlawanan menentang Nigeria, semalam. - Foto: Goal.com
A
A
A

KETUA jurulatih Brazil, Tite mempertahankan keputusannya untuk menurunkan Neymar dalam perlawanan persahabatan menentang Nigeria yang menyaksikan bintang Paris Saint Germain (PSG) itu mengalami kecederaan.

Neymar diturunkan dalam kesebelasan utama dan hanya mampu bertahan untuk tempoh 12 minit sebelum digantikan ketika pasukan Selecao itu hanya mampu meraih keputusan seri 1-1 dalam aksi di Stadium Nasional Singapura, semalam.

Menurut Tite, Neymar berada dalam keadaan baik dan tidak mengadu mengalami kecederaan sebelum diturunkan dalam perlawanan itu.

"Tidak sama sekali. Dia tidak ada memberitahu saya jika dia mengalami kecederaan. Saya juga sudah menilainya dan dia cergas untuk diturunkan.

"Jika saya tetap menurunkannya dalam keadaan dia cedera, sudah tentu saya akan bertanggungjawab dan tahap profesional saya sebagai jurulatih boleh diragui.

"Saya akan berhubung dengan kelab (PSG) selepas ini dan menerangkan keadaan sebenar kepada pengurusan kelab itu mengenai kecederaan Neymar," katanya.

Jelas Tite, Neymar akan kembali ke Paris dan menjalani pemeriksaan bersama pasukan perubatan PSG.

Kecederaan yang dialami Neymar ini adalah kali ketiga dalam tempoh setahun ketika mewakili Brazil di perlawanan peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, dia mengalami kecederaan pergelangan kaki sehingga menyebabkan terlepas aksi Copa America dan turut mengalami kecederaan sama pada permulaan liga musim ini.

Kecederaan penyerang lincah itu sudah tentu akan menjadi berita buruk buat PSG yang menagih sentuhannya dalam saingan Ligue 1 selepas Neymar cemerlang meledak empat gol dalam lima perlawanan terakhir liga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!