JKM kesan waris Firdaus

Firdaus
Firdaus
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya sedang mengesan waris kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang ditinggalkan oleh ibu bapanya sejak kecil.

Difahamkan, remaja terbabit yang dikenali sebagai Firdaus telah ditinggalkan kedua ibu bapanya yang menghilangkan diri secara tiba-tiba tanpa sebarang dokumen kelahiran.

Menerusi satu kenyataan, JKM Subang Jaya berkata, Yayasan Chow Kit merujuk kes Firdaus kepada pihaknya pada 7 Ogos tahun lalu bagi mendapatkan hak penjagaan memandangkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kes Firdaus dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 20 September tahun lalu dan perintah jagaan sementara dikeluarkan kepada penjaganya, Isilinda Juma’at.

“JKM Subang Jaya juga sedang dalam proses bagi memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendaftarkan sijil kelahiran Firdaus demi masa depan dan kebajikannya,” katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris Firdaus boleh berhubung terus dengan Pelindung Kanak-Kanak JKM Subang Jaya, Mohd Hazril Mohd Kodri di talian 03-56343095/0123403775.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!